Isnin, 17 Disember 2012

Semoga sukses sahabatku

Agak lama juga saya tidak dapat mengemaskini blog saya ini. Ini disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dengan tugas-tugas hakiki dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada hujung tahun dan awal tahun hadapan. di tambah pula dengan persediaan untuk kembali ke sekolah. Semoga sahabat blogger dapat mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Salam penuh kasih sayang dari saya. :-)

Khamis, 6 Disember 2012

Nota ringkas Modul KRT 3013

Hasil daripada menziarahi blog-blog sahabat yang lain, saya terjumpa satu informasi 
yang amat berguna untuk kita. 

Unit 10

SELAMAT MENGULANGKAJI!!!


Mengajar sambil membuat kek

Murid sukakan kelainan. Guru perlu kreatif dalam mencari kaedah sesuai dan menarik untuk menarik minat murid mereka. Apa kata jika sambil mengajar kita buat kek coklat.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk bikarbonat
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayur
3 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya

1. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik,serbuk bikarbonat ke dalam mangkuk adunan dan gaul.
2. Masukkan gula pasir, susu pekat, minyak sayuran dan telur ke dalam mangkuk adunan tadi satu persatu. Gaul sehingga sebati.
3. Setelah sebati, masukkan air panas tadi dan gaul lagi sehingga sehingga halus.
4. Griskan loyang bulat atau segiempat dan tuang adunan ke dalamnya.
5. Tutup bahagian atas loyang dengan plastik nipis (biasa kita beli di pasaraya) supaya air tidak masuk ke dalam kek.
6. Kukus selama 1 1/2 jam.


 7. Apabila telah masak, sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing.


TADAAAAAA!!!! Sudah pasti murid-murid kita seronok tidak terhingga.



Besarnya

 Pensel warna bersaiz besar atau JUMBO ini sesuai digunakan oleh murid-murid yang menghadapi masalah memegang pensel. Guru perlulah memaklumkan kepada ibu bapa agar membelikan pensel atau pensel warna yang bermutu kerana pensel atau pensel warna yang bermutu mempunyai warna yang menarik, terang dan mudah digunakan. Berbanding dengan pensel atau pensel warna yang murah. Ini dapat mengelakkan murid daripada merasa kecewa dengan hasil yang diperolehi daripada aktiviti mewarna yang dijalankan.
     
Namun demikian, pensel atau pensel warna yang tidak terang boleh juga digunakan bagi menguatkan tekanan jari / tangan murid. Guru boleh menggunakannya bagi melatih murid yang telah menguasai kemahiran memegang pensel.


Rabu, 5 Disember 2012

Menguatkan jari jemari

Murid kita terutama sekali murid pendidikan khas mempunyai masalah motor halus. Sukar untuk mengawal pergerakan jari-jemari mereka. Mereka biasanya akan menjalani terapi di pusat terapi sama ada pusat terapi kerajaan atau swasta. Sebagai guru, kita juga boleh melakukan terapi ringkas yang tidak membahayakan murid. Kita boleh cuba kaedah yang ditunjukkan di bawah.

 Melakukan latihan pergerakan jari jemari bagi menguatkan motor halus





Langkah yang seterusnya adalah dengan memisahan jari menggunakan jari tangan yang lain.


Sahabat sekalian boleh melakukan aktiviti ini sambil menyanyi atau apa sahaja yang dapat menarik minat murid terutama sekali murid Pendidikan Khas.
Selamat mencuba :-)

Hargai mereka


Ia kelihatan kecil tetapi impaknya sangat besar. Berilah sedikit ganjaran kepada mereka apabila mereka telah melakukan sesuatu yang positif. Tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakannya. Keseronokan jelas terbayang di wajah mereka apabila kita menghargai mereka walaupun dengan ucapan TAHNIAH, BAGUS,PANDAINYA, dan banyak lagi cara untuk menunjukkan penghargaan sebagai ganjaran kepada mereka.