Isnin, 17 Disember 2012

Semoga sukses sahabatku

Agak lama juga saya tidak dapat mengemaskini blog saya ini. Ini disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dengan tugas-tugas hakiki dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada hujung tahun dan awal tahun hadapan. di tambah pula dengan persediaan untuk kembali ke sekolah. Semoga sahabat blogger dapat mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Salam penuh kasih sayang dari saya. :-)

Khamis, 6 Disember 2012

Nota ringkas Modul KRT 3013

Hasil daripada menziarahi blog-blog sahabat yang lain, saya terjumpa satu informasi 
yang amat berguna untuk kita. 

Unit 10

SELAMAT MENGULANGKAJI!!!


Mengajar sambil membuat kek

Murid sukakan kelainan. Guru perlu kreatif dalam mencari kaedah sesuai dan menarik untuk menarik minat murid mereka. Apa kata jika sambil mengajar kita buat kek coklat.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk bikarbonat
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayur
3 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya

1. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik,serbuk bikarbonat ke dalam mangkuk adunan dan gaul.
2. Masukkan gula pasir, susu pekat, minyak sayuran dan telur ke dalam mangkuk adunan tadi satu persatu. Gaul sehingga sebati.
3. Setelah sebati, masukkan air panas tadi dan gaul lagi sehingga sehingga halus.
4. Griskan loyang bulat atau segiempat dan tuang adunan ke dalamnya.
5. Tutup bahagian atas loyang dengan plastik nipis (biasa kita beli di pasaraya) supaya air tidak masuk ke dalam kek.
6. Kukus selama 1 1/2 jam.


 7. Apabila telah masak, sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing.


TADAAAAAA!!!! Sudah pasti murid-murid kita seronok tidak terhingga.



Besarnya

 Pensel warna bersaiz besar atau JUMBO ini sesuai digunakan oleh murid-murid yang menghadapi masalah memegang pensel. Guru perlulah memaklumkan kepada ibu bapa agar membelikan pensel atau pensel warna yang bermutu kerana pensel atau pensel warna yang bermutu mempunyai warna yang menarik, terang dan mudah digunakan. Berbanding dengan pensel atau pensel warna yang murah. Ini dapat mengelakkan murid daripada merasa kecewa dengan hasil yang diperolehi daripada aktiviti mewarna yang dijalankan.
     
Namun demikian, pensel atau pensel warna yang tidak terang boleh juga digunakan bagi menguatkan tekanan jari / tangan murid. Guru boleh menggunakannya bagi melatih murid yang telah menguasai kemahiran memegang pensel.


Rabu, 5 Disember 2012

Menguatkan jari jemari

Murid kita terutama sekali murid pendidikan khas mempunyai masalah motor halus. Sukar untuk mengawal pergerakan jari-jemari mereka. Mereka biasanya akan menjalani terapi di pusat terapi sama ada pusat terapi kerajaan atau swasta. Sebagai guru, kita juga boleh melakukan terapi ringkas yang tidak membahayakan murid. Kita boleh cuba kaedah yang ditunjukkan di bawah.

 Melakukan latihan pergerakan jari jemari bagi menguatkan motor halus





Langkah yang seterusnya adalah dengan memisahan jari menggunakan jari tangan yang lain.


Sahabat sekalian boleh melakukan aktiviti ini sambil menyanyi atau apa sahaja yang dapat menarik minat murid terutama sekali murid Pendidikan Khas.
Selamat mencuba :-)

Hargai mereka


Ia kelihatan kecil tetapi impaknya sangat besar. Berilah sedikit ganjaran kepada mereka apabila mereka telah melakukan sesuatu yang positif. Tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakannya. Keseronokan jelas terbayang di wajah mereka apabila kita menghargai mereka walaupun dengan ucapan TAHNIAH, BAGUS,PANDAINYA, dan banyak lagi cara untuk menunjukkan penghargaan sebagai ganjaran kepada mereka.

Ahad, 2 Disember 2012

Indahnya bahasa

Bahasa Jiwa Bangsa


Pantun adalah sejenis puisi Melayu lama yang berangkap terdiri daripada sampiran atau ayat pembayang dan  seterusnya mengandungi maksud yang hendak disampaikan kepada pendengar yang dikenali sebagai ayat maksud (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir,2005a:363).
 Contohnya:

 Sudah lama tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi;
(Dua ayat yang pertama dalam pantun empat kerat 
ini dikenali sebagai sampiran atau ayat pembayang)

Sudah lama tidak kupandang,
Jauh di mata dekat di hati.
(Dua ayat terakhir ini pula dikenali sebagai ayat maksud)

Pantun merupakan salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu dengan cara yang paling halus dan indah.
Antara pantun yang sering digunakan adalah pantun dua kerat, empat kerat, dan enam kerat.

Contoh pantun dua kerat dan enam kerat boleh dilihat di sini dan di sini juga.

Contoh pantun enam kerat:

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
(sampiran atau ayat pembayang)

Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
(Ayat maksud)





Selasa, 27 November 2012

Jumaat, 23 November 2012

10 perkara anda perlu tahu tentang sindrom down

Hargai setiap insan di sekeliling kita.



Mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 

Seronoknya berpantun.

Tanam tanam ubi,
Tak perlu dibaja;
Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Naik kereta api,
Turun Padang Tembak;
Kalau tak hati-hati,
Kita akan terjebak.

Semua rakan hari ini,
Kita nyanyi ramai-ramai;
Goyang badan gerak kaki,
Kita nyanyi lagu damai.

NYANYI SAMA-SAMA YA!!


Wah, seronok ya! Kalau mahu berpantun lagi marilah ke ruangan Mari berpantun.

Rabu, 21 November 2012

Pemenang pertandingan 'Legoland'


Cerita robot ke Makcik Ribena ? Eheheheh.. 

Bergembira dengan doh mainan

Murid-murid begitu seronok bermain dengan doh yang disediakan.



Memberikan keseronokan

Mencungkil bakat semulajadi 

Meningkatkan daya kreatif dan inovatif
Kalau nak buat doh sendiri boleh tekan sahaja di sini ya :-)


Selasa, 20 November 2012

Mari kita nyanyi sama-sama


Pernah dengar lagu ini?

Ada sang ulat bulu,
Punya kaki seribu,
Siapa jumpa kakiku kakiku,
Jikalau tak dapat terpaksa kumelompat,
Dengan kaki seribu kurang satu.

*Kalau yang belum tahu bagaimana melodinya silalah lihat videonya di sini :-)

Khamis, 15 November 2012

Mari buat sendiri...

Kita selalu habiskan wang untuk beli playdoh yang mahal tu sahaja kan. Apa kata kali ini kita buat sendiri untuk murid-murid kita bermain. Mereka boleh gunakan doh ini untuk membentuk huruf atau perkataan. Mesti seronok :-)


Bahan-bahan:
1 mangkuk tepung biasa
1 mangkuk air
1 mangkuk garam
1 sudu minyak sayuran
1 sudu krim tartar
Pewarna makanan

 Cara-cara membuat doh permainan
1. Masukkan bahan-bahan di atas satu persatu ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil sehingga pekat dan akhirnya menjadi doh tetapi masih belum cukup sempurna dan perlu diuli dahulu ya.
2. Keluarkan dari periuk dan uli ketika ia masih hangat.
3. Setelah menjadi doh sempurna bahagikan kepada 4 mini doh..
4. Buat lubang di tengah-tengah mini doh dan titiskan pewarna. Sebelum itu jangan lupa alas papan supaya pewarna tidak mengotorkan papan tersebut.
5. Uli dengan berhati-hati sehingga doh sebati.
Ulang aktiviti dengan menggunakan pewarna yang berlainan pada mini doh yang lain.



Sabtu, 10 November 2012

Jumaat, 9 November 2012

Tinggal kasih tinggal sayang...


    Hari ini merupakan hari akhir persekolahan dan hari akhir 9 orang daripada anak-anak Emas Khas bersamaku di alam Sekolah Rendah. Selepas ini mereka akan melangkah ke alam baru yang lebih mencabar. Semoga anak-anak Emas Khasku akan menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Mereka tidak ubah seperti Pelangi petang yang memberikan cahaya yang indah buatku dan akan hilang bila tiba waktunya. Cikgu sayang semua... :-(


Hari akhir bersama anak-anak Emas Khas tersayang..


Isnin, 5 November 2012

Memang yang saya cari ni..

Sedang saya melewati blog sahabat-sahabat saya yang lain, saya terpaku di hadapan link  tatabahasa ini. saya rasa ia begitu menarik dan mampu memberikan maklumat kepada kita.

Salam kerinduan

     Sekali lagi saya terpaksa akur dengan tugas hakiki saya iaitu sebagai Penyelaras Pendidikan Khas yang begitu sibuk menyiapkan segala dokumen berkaitan murid dan kelas. Biasalah kan, hujung tahun setiap guru perlu memastikan segala-galanya beres. Tambahan pula saya baharu sahaja pulang daripada Mesyuarat pengharmonian buku panduan khas untuk murid Kelainan Upaya Pelbagai bagi kali kedua.
     Kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang penggunaan video sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Saya mengambil contoh video mengenalkan murid dengan huruf A,E,I,O,U. Saya gunakan video ini sewaktu mengenalkan huruf vokal tersebut tetapi saya menggunakan kad huruf besar dan kecil bagi memberi kefahaman tentang huruf besar dan kecil. Mari sama-sama kita menonton dan menyanyikan lagu ini ya. Oooppss...lupa pula..sila senyapkan muzik blog dulu ya.. :-)



Sabtu, 27 Oktober 2012

Kem Motivasi Unit Pendidikan Khas

Selesai sudah Kem Motivasi untuk anak-anak Emas Khas kami. Semoga mereka akan terus berjaya pada masa akan datang.



Simulasi apabila berjumpa dengan guru. Sopannya anak murid cikgu  :-)

Salah satu daripada ujian kecergasan

Ujian kecekapan . 

Ujian kecerdasan. Murid membentuk perkataan daripada suku kata KV & menggunakan penyepit. 

Kerjasama kumpulan dalam Ujian kesabaran.

Huuuuuhhh..penatnyaa....

Jumaat, 26 Oktober 2012

Contoh pembinaan RPH daripada pihak nazir

Salam sayang buat semua, Sewaktu saya mengikuti kursus Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Khas tahun lalu dan tahun ini, satu slot penulisan RPH telah sediakan dan slot berkenaan telah diberikan oleh pihak nazir. Saya ingin berkongsi dengan sahabat tentang contoh format pembinaan RPH yang dikehendaki oleh pihak nazir di sekolah.

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR 
YANG DISYORKAN OLEH NAZIR


  1.  
Mata pelajaran  dan Kelas

  1.  
Tema / tajuk

  1.  
Masa

  1.  
Standard pembelajaran (Kod sahaja)

  1.  
Objektif pembelajaran

  1.  
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

  1.  
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK 
merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR.
 EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
 Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme
 masih boleh diterapkan dalam pengajaran dan
 pembelajaran.


  1.  
Bahan Bantu Belajar

  1.  
Penilaian pengajaran dan pembelajaran

  1.  
Refleksi :
i.   Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif
 pengajaran dan pembelajaran
ii.  Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan 
pengayaan)

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dugaan saya mengemaskini blog hari ini. Tiba-tiba semua jadi bercelaru. Namun begitu, saya telah cuba perbaiki dan sahabat-sahabat boleh melihat bahan yang saya kemaskini di ruang bahan bantu belajar ya :-)

Ahad, 21 Oktober 2012

Sayang semua...

Agak lama juga saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini ya. Minggu-minggu akhir ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Rasanya sahabat-sahabat pun sama kan.. Hari ini saya ingin berkongsi hasil nukilan salah seorang daripada bapa pelajar sebaik sahaja Majlis Konvokesyen Pendidikan Khas Daerah JB telah diadakan pada 18 Oktober 2012 yang lalu. Saya amat terharu dengan sajak yang dikirimkan kepada saya dan rakan guru yang lain. Bagi saya, inilah hadiah yang tidak ternilai buat kami. Semoga anak-anak Khas kami memperolehi kecemerlangan dalam kehidupan mereka.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Semakin hari semakin sayang

Salam sayang semua...
     Saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang perkembangan Pendidikan Khas. Mungkin semua sedang sibuk membuat persiapan untuk merealisasikan KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 tahun hadapan. Selamat berkursus dan selamat menyiapkan KERJA KURSUS :-)
    Dalam sibuk kita menjalankan KSSRPK untuk anak-anak khas kita, kita tidak pernah lupa dengan anak-anak khas kita yang kritikal atau low function.Namun kekangannya adalah, apa yang perlu kita lakukan untuk membantu mereka?
     Alhamdulillah kerana mereka juga tidak dilupakan. Bahagian Pembangunan Kurikulum  di KPM kini sedang merangka satu buku panduan khas untuk menangani murid-murid aras rendah (low function).

Bersama dua orang sahabat dan ketua kumpulan Modul P&P En. Haris Yusof dari  BPK
Kenangan bersama peserta dan pegawai BPK

Ahli kumpulan kami Bahagian Modul P&P

Kenangan bersama sahabat sekumpulan/sebilik...ehehehe


Isnin, 1 Oktober 2012

Salam kasih sayang..

Apa khabar sahabat-sahabat tersayang? saya lihat masing-masing mula membina blog. Canggih sungguh idea sahabat-sahabat. Tahniah ya.

     Saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang anak-anak disleksia yang saya ambil dari laman Youtube. Kita sering memarahi mereka tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.


Sabtu, 22 September 2012

Sayangku yang tiada penghujung...

Assalamualaikum w.r.t dan salam sayang buat sahabat sekalian. Selamat datang ke blog saya.

Salam sayang semua. Seronok apabila ada yang melawat ke blog saya dari hari ke hari. Harap sahabat semua sudi follow blog saya ya...sayang semua...
Sebahagian daripada murid saya yang membuat persembahan  pentomin sempena  Majlis anugerah cemerlang dan Mesyuarat PIBG




KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Pentaksiran 2

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

Kriteria
Markah
Kandungan persembahan
7%
Kreativiti persembahan
10%
Rujukan
3%
JUMLAH
20%


PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

           Hasil daripada tugasan yang diberikan. Maka terlahirlah blog saya ini.


       Syukur Alhamdulillah dengan  adanya blog ini diharapkan agar rakan-rakan dapat menggunakan info yang terdapat di dalam blog ini untuk memudahkan sahabat mencari bahan KSSR Pendidikan Khas yang diperlukan khasnya untuk salah satu daripada Komponen Asas 3M iaitu Bahasa Malaysia.
 Salam sayang dari saya... :-)