Sabtu, 27 Oktober 2012

Kem Motivasi Unit Pendidikan Khas

Selesai sudah Kem Motivasi untuk anak-anak Emas Khas kami. Semoga mereka akan terus berjaya pada masa akan datang.



Simulasi apabila berjumpa dengan guru. Sopannya anak murid cikgu  :-)

Salah satu daripada ujian kecergasan

Ujian kecekapan . 

Ujian kecerdasan. Murid membentuk perkataan daripada suku kata KV & menggunakan penyepit. 

Kerjasama kumpulan dalam Ujian kesabaran.

Huuuuuhhh..penatnyaa....

Jumaat, 26 Oktober 2012

Contoh pembinaan RPH daripada pihak nazir

Salam sayang buat semua, Sewaktu saya mengikuti kursus Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Khas tahun lalu dan tahun ini, satu slot penulisan RPH telah sediakan dan slot berkenaan telah diberikan oleh pihak nazir. Saya ingin berkongsi dengan sahabat tentang contoh format pembinaan RPH yang dikehendaki oleh pihak nazir di sekolah.

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR 
YANG DISYORKAN OLEH NAZIR


  1.  
Mata pelajaran  dan Kelas

  1.  
Tema / tajuk

  1.  
Masa

  1.  
Standard pembelajaran (Kod sahaja)

  1.  
Objektif pembelajaran

  1.  
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

  1.  
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK 
merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR.
 EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
 Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme
 masih boleh diterapkan dalam pengajaran dan
 pembelajaran.


  1.  
Bahan Bantu Belajar

  1.  
Penilaian pengajaran dan pembelajaran

  1.  
Refleksi :
i.   Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif
 pengajaran dan pembelajaran
ii.  Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan 
pengayaan)

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dugaan saya mengemaskini blog hari ini. Tiba-tiba semua jadi bercelaru. Namun begitu, saya telah cuba perbaiki dan sahabat-sahabat boleh melihat bahan yang saya kemaskini di ruang bahan bantu belajar ya :-)

Ahad, 21 Oktober 2012

Sayang semua...

Agak lama juga saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini ya. Minggu-minggu akhir ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Rasanya sahabat-sahabat pun sama kan.. Hari ini saya ingin berkongsi hasil nukilan salah seorang daripada bapa pelajar sebaik sahaja Majlis Konvokesyen Pendidikan Khas Daerah JB telah diadakan pada 18 Oktober 2012 yang lalu. Saya amat terharu dengan sajak yang dikirimkan kepada saya dan rakan guru yang lain. Bagi saya, inilah hadiah yang tidak ternilai buat kami. Semoga anak-anak Khas kami memperolehi kecemerlangan dalam kehidupan mereka.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Semakin hari semakin sayang

Salam sayang semua...
     Saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang perkembangan Pendidikan Khas. Mungkin semua sedang sibuk membuat persiapan untuk merealisasikan KSSR Pendidikan Khas Tahun 3 tahun hadapan. Selamat berkursus dan selamat menyiapkan KERJA KURSUS :-)
    Dalam sibuk kita menjalankan KSSRPK untuk anak-anak khas kita, kita tidak pernah lupa dengan anak-anak khas kita yang kritikal atau low function.Namun kekangannya adalah, apa yang perlu kita lakukan untuk membantu mereka?
     Alhamdulillah kerana mereka juga tidak dilupakan. Bahagian Pembangunan Kurikulum  di KPM kini sedang merangka satu buku panduan khas untuk menangani murid-murid aras rendah (low function).

Bersama dua orang sahabat dan ketua kumpulan Modul P&P En. Haris Yusof dari  BPK
Kenangan bersama peserta dan pegawai BPK

Ahli kumpulan kami Bahagian Modul P&P

Kenangan bersama sahabat sekumpulan/sebilik...ehehehe


Isnin, 1 Oktober 2012

Salam kasih sayang..

Apa khabar sahabat-sahabat tersayang? saya lihat masing-masing mula membina blog. Canggih sungguh idea sahabat-sahabat. Tahniah ya.

     Saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang anak-anak disleksia yang saya ambil dari laman Youtube. Kita sering memarahi mereka tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.

video