Selasa, 27 November 2012

Jumaat, 23 November 2012

10 perkara anda perlu tahu tentang sindrom down

Hargai setiap insan di sekeliling kita.



Mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 

Seronoknya berpantun.

Tanam tanam ubi,
Tak perlu dibaja;
Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Naik kereta api,
Turun Padang Tembak;
Kalau tak hati-hati,
Kita akan terjebak.

Semua rakan hari ini,
Kita nyanyi ramai-ramai;
Goyang badan gerak kaki,
Kita nyanyi lagu damai.

NYANYI SAMA-SAMA YA!!


Wah, seronok ya! Kalau mahu berpantun lagi marilah ke ruangan Mari berpantun.

Rabu, 21 November 2012

Pemenang pertandingan 'Legoland'

video

Cerita robot ke Makcik Ribena ? Eheheheh.. 

Bergembira dengan doh mainan

Murid-murid begitu seronok bermain dengan doh yang disediakan.



Memberikan keseronokan

Mencungkil bakat semulajadi 

Meningkatkan daya kreatif dan inovatif
Kalau nak buat doh sendiri boleh tekan sahaja di sini ya :-)


Selasa, 20 November 2012

Mari kita nyanyi sama-sama


Pernah dengar lagu ini?

Ada sang ulat bulu,
Punya kaki seribu,
Siapa jumpa kakiku kakiku,
Jikalau tak dapat terpaksa kumelompat,
Dengan kaki seribu kurang satu.

*Kalau yang belum tahu bagaimana melodinya silalah lihat videonya di sini :-)

Khamis, 15 November 2012

Mari buat sendiri...

Kita selalu habiskan wang untuk beli playdoh yang mahal tu sahaja kan. Apa kata kali ini kita buat sendiri untuk murid-murid kita bermain. Mereka boleh gunakan doh ini untuk membentuk huruf atau perkataan. Mesti seronok :-)


Bahan-bahan:
1 mangkuk tepung biasa
1 mangkuk air
1 mangkuk garam
1 sudu minyak sayuran
1 sudu krim tartar
Pewarna makanan

 Cara-cara membuat doh permainan
1. Masukkan bahan-bahan di atas satu persatu ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil sehingga pekat dan akhirnya menjadi doh tetapi masih belum cukup sempurna dan perlu diuli dahulu ya.
2. Keluarkan dari periuk dan uli ketika ia masih hangat.
3. Setelah menjadi doh sempurna bahagikan kepada 4 mini doh..
4. Buat lubang di tengah-tengah mini doh dan titiskan pewarna. Sebelum itu jangan lupa alas papan supaya pewarna tidak mengotorkan papan tersebut.
5. Uli dengan berhati-hati sehingga doh sebati.
Ulang aktiviti dengan menggunakan pewarna yang berlainan pada mini doh yang lain.



Sabtu, 10 November 2012

Jumaat, 9 November 2012

Tinggal kasih tinggal sayang...


    Hari ini merupakan hari akhir persekolahan dan hari akhir 9 orang daripada anak-anak Emas Khas bersamaku di alam Sekolah Rendah. Selepas ini mereka akan melangkah ke alam baru yang lebih mencabar. Semoga anak-anak Emas Khasku akan menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Mereka tidak ubah seperti Pelangi petang yang memberikan cahaya yang indah buatku dan akan hilang bila tiba waktunya. Cikgu sayang semua... :-(


Hari akhir bersama anak-anak Emas Khas tersayang..


Isnin, 5 November 2012

Memang yang saya cari ni..

Sedang saya melewati blog sahabat-sahabat saya yang lain, saya terpaku di hadapan link  tatabahasa ini. saya rasa ia begitu menarik dan mampu memberikan maklumat kepada kita.

Salam kerinduan

     Sekali lagi saya terpaksa akur dengan tugas hakiki saya iaitu sebagai Penyelaras Pendidikan Khas yang begitu sibuk menyiapkan segala dokumen berkaitan murid dan kelas. Biasalah kan, hujung tahun setiap guru perlu memastikan segala-galanya beres. Tambahan pula saya baharu sahaja pulang daripada Mesyuarat pengharmonian buku panduan khas untuk murid Kelainan Upaya Pelbagai bagi kali kedua.
     Kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang penggunaan video sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Saya mengambil contoh video mengenalkan murid dengan huruf A,E,I,O,U. Saya gunakan video ini sewaktu mengenalkan huruf vokal tersebut tetapi saya menggunakan kad huruf besar dan kecil bagi memberi kefahaman tentang huruf besar dan kecil. Mari sama-sama kita menonton dan menyanyikan lagu ini ya. Oooppss...lupa pula..sila senyapkan muzik blog dulu ya.. :-)