Khamis, 6 Disember 2012

Mengajar sambil membuat kek

Murid sukakan kelainan. Guru perlu kreatif dalam mencari kaedah sesuai dan menarik untuk menarik minat murid mereka. Apa kata jika sambil mengajar kita buat kek coklat.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk bikarbonat
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayur
3 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya

1. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik,serbuk bikarbonat ke dalam mangkuk adunan dan gaul.
2. Masukkan gula pasir, susu pekat, minyak sayuran dan telur ke dalam mangkuk adunan tadi satu persatu. Gaul sehingga sebati.
3. Setelah sebati, masukkan air panas tadi dan gaul lagi sehingga sehingga halus.
4. Griskan loyang bulat atau segiempat dan tuang adunan ke dalamnya.
5. Tutup bahagian atas loyang dengan plastik nipis (biasa kita beli di pasaraya) supaya air tidak masuk ke dalam kek.
6. Kukus selama 1 1/2 jam.


 7. Apabila telah masak, sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing.


TADAAAAAA!!!! Sudah pasti murid-murid kita seronok tidak terhingga.



6 ulasan:

  1. Bahan P&P yang menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Mengajar PPKI memang mencabar....Guru perlu kreatif terutamanya penggunaan BBM. Tahniah....cikgu memang kreatif...murid tentu gembira...

    BalasPadam
  3. Waalaikummussalam..betul apa yang Puan katakan. Murid akan teruja jika kita memulakan sesuatu pengajaran dengan sesuatu yang mereka suka. Malah murid PPKI lebih mudah mengingati apa yang dipelajari jika menggunakan kaedah yang mereka boleh alami sendiri.

    BalasPadam
  4. MMmmm.... nampak begitu menyelerakan.... Saya akan cuba buat kek ni. Terima kasih Liza atas perkongsian ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap..mudah sangat..boleh ajar anak sekali. Jangan tak cuba tau..lepas tu masukkan dalam peti sejuk..lebih enak..nyum..nyum..nyum

      Padam