Mari berpantun

Koleksi pantun kanak-kanak

Pantun dua kerat

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Ada ubi ada batas,
Ada hari bolehku balas.

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Pantun empat kerat

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena;
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu;
Tepuk adik pandai,
Malam nanti upah susu.

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda;
Adik jangan menangis,
Emak banyak kerja.

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Ayam kedek-kedek,
Beri makan padi;
Sayang adik-beradik,
Mesti ajar mengaji.

Gurindam ini hasil daripada gabungan pantun yang begitu indah susunannya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan