Pembentukan kata


Kata tunggal

Kata tunggal adalah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalamai proses penggandaan dan perangkaian. Kata tunggal terbahagi kepadda dua iaitu kata tunggal yang mengandungi satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

Kata tunggal satu suku kata
Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Adda antaranya adalah perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing terutama bahasa arab dan bahasa Inggeris.
Pola gabungan konsonan-vokak dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut:

1. KV - yu   tu   ni   ya

2.VK    - am

3.KVK  - bot   pam   kot   lut   sup   cat
                wang*   jong*

4.KKVK  -  stor   krim   gred   skor   dram

5.KVKK  - bank   golf   port   kord   teks

6.KKKV  - skru

7.KKKVK - skrip  straw spring*

(* bentuk ngyang terdapat dalam wang, jong, dan spring sebenarnya mewakili satu bunyi yang melambangkan fonetiknya.)


Contoh kata tunggal yang mengandungi lebih daripada satu sukukata

bola     sudu     lori     muka     roti

botak     sudip     rosak     cubit    rotan

telinga   matahari   sukatan   





Tiada ulasan:

Catat Ulasan